Sunday, December 30, 2012
Wednesday, December 7, 2011
Thursday, November 3, 2011
Antara tempat2 menarik yg kitorg gi, byk la gak...muzium, kapal, menara taming sari, A famosa, naik river cruise, zoo Melaka, dataran pahlawan, mahkota parade & Jusco...hehehe...disebabkan mase yg tak begitu byk, so, tak bleh la nk berlama-lamaan di stiap destinasi yg dituju tu..tapi, ape2 pon, ttp puas hati & enjoy laaaa..
sooooo, next destination for cuti2 malaysia??? lain kali punya citerrr...depends on our budget...mekasihhhhh....
Friday, October 14, 2011
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Semoga dipermudahkan dalam segala hal....aminnnnn....
Friday, October 7, 2011
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan...terima kasih juga untuk setiap rezeki yg Engkau kurniakan. Terima kasih untuk cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun kekadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus..sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku...bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku..Engkaulah Ya Maha Besar...peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin...
Tuesday, September 20, 2011
16 September 2011...majlis akad nikah...sgt santek...sopan...manis & ayu gituuuuuuu...
ayaq mata kegembiraan pas dgr perkataan "SAH"... dengan sekali lafaz jek....tahniah En. Zyuraimi & Puan Hidayah...
kami sebagai kawan2 akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk kalian berdua....
sesi sarung2 cincin...skrg dh bleh pegang2, pndang2, jeling2 & seme skali la..alhamdulillah...hehehe...
17 September 2011...hari persandingan...cantek & segak si raja sehari ni bertemakan biru...hehehe...selingan jap...mekasih pada mak pengantin utk tajaan baju pengapit pompuan ni..i likeee it...
Sesi potong memotong kek...slmt melangkah ke alam perkahwinan...semoga hidup ni sntiasa dlm perlindungan dan redha Allah S.W.T...
keceriaan berganda2...smoga cepat2 dapat dok skali, bertambah2 rezeki & dikurniakan anak2 yg soleh & solehah...semoga ikatan cinta yg terjalin semakin berkembang dari hari ke hari & kekal selamanya...
utk pengantin baru...semoga menjadi isteri terbaik utk suami tercinta...jagalah apa yg perlu dijaga bila berstatus isteri orang ni...& as usual, sbg kawan, mcm dolu2 gak, bile2 diperlukan...gua akan bersedia berkhidmat klu mampu ler...last skali..maaf sekiranya ada kekurangan dlm menjalankan tugas sbg pengapit..kikikiki...c u in loq staq, insyaAllah...All da bestttttt!!!
*gambar2 dicilok dari FB..mekasihhh*