Friday, April 29, 2011

renung-renungkan....


Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,

ingatlah...kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi..


Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,

carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya..


Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,

ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil...


Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,

jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya...


Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,

carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa...


Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,

bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya...


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,

carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup...


Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,

jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar...


Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan,

ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya....


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,

mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa...


Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,

serahkan dirimu kepada Dia...


satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata....


Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan,

ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!


4 Comments:

  1. Atikah said...
    segalanye kembali kpd Dia... :)

    pg2 dh berfalsafah..hihi..
    dee said...
    ni tazkirah di pagi jumaat..hehehe...
    HIDAYAH HALIM said...
    sentiaselah bdoa untuk mendapatkan hidayah... *wink*wink*
    dee said...
    huhuhu..mekasih hidayah...kikiki..

Post a Comment



 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com