Wednesday, March 31, 2010

blog award??


thanks pada pemberi award (http://geodaia-dayahhalim.blogspot.com/) atas pemberian award yg tak seberapa ni....klu dpt yg real punya lagi baguihhhhh...hehehhee....

Senaraikan 7 perkara tentang diri anda:
1. takut sikit2 ngn org giler (btul2 giler)
2. suka tido (dgn sopan-santun)
3. tak suke buat keputusan
4. tak reti2 nk hafal jalan wlupun dh g beratus kali ke tmpt tu..hehehe..
5. mudah memaafkan...tapi sukar nk lupakan
6. tak suke citer masalah..tapi suka cari masalah..hahahaha...
7. org kate org yg baik tak mengaku diri dia baik...tapi aku nk ckp gak..aku rase...aku baik, kan??...hahahhaha...

Tuesday, March 30, 2010

Jari-jemari

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah
Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan
solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia &
apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan
alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda
akan beri kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis
mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa
akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya
status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak
"hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak,
hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke
perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam
kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh
& tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new
generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows
kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi
bayangkan kalau takde ibu jari... nak genggam/pegang something cukup susah.. nak pegang
sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman.
Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs
up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana
anda sekarang..?

Friday, March 5, 2010


kerana mulut badan binasa....
tak paham ngn individu yg terlalu menjaga tepi kain org...yg slalu sibuk bercerita kelemahan n keburukan seseorg...smpai lupa, yg diri sendiri pon lebih kurang je..susah tul...dia hengat bila dia sibuk bercerita psl org lain tu, kita akan anggap cam dia la paling best n baik segala-galanya...jgn harap laaaaa...mimpi je laaaa.....bagi aku..terlalu sgt bercerita keburukan org tu maknanya hanya membuka pekung sendiri je..dan juga, sgt2 tak bleh dipercayai utk berkongsi rahsia...coz...mulut cam tempayan....tapi, mulut tempayan pon leh tutup..tak tau la kategori ape...huhuhu...
lagi satu..bila org dh percaya kat kita dgn bercerita perkara2 yg mungkin sepatutnya rahsia, jagalah kerahsiaan tu bersama, dan bukannya mengaibkan si kawan tu bila ada rase tak puas hati pada dia..kesian kat kawan tu..ish..ish..

so..moral of da story...jgn terlalu percaya ngn kata2 org yg jenisnya camtu...jgn mudah sgt bercerita ngn org2 camtu...pandai2 la cari kawan yg blh dikongsikan kisah suka duka tu...hanya peringatan sesama kita dan yg paling penting utk diri aku sendiri supaya tak jadi...cakap tak serupa bikin, ataupun, cakap pandailah....insyaAllah...

Tuesday, March 2, 2010

Apa kes??


Kes 1

Penderaan kanak-kanak..Berita terkini, kes minggu lepas. Sebelum ni pon, dah byk sgt kes dera kanak-kanak..masalahnya, budak2 tu kecik lagi..macam mana la nk mampu melawan kudrat org dewasa??tak paham dgn manusia yg terlalu ikutkan perasaan. Sampai perasaan belas kasihan dh tak mampu diwujudkan dalam hati mereka. Kes dera yg melibatkan seksual pon dh byk berlaku, budak kecik yg bercakap pon masih pelat, sanggup dirogol dan diliwat oleh manusia yg sebenarnya berhati durjana.

Macam mana pula peranan masyarakat sekeliling??Kejadian berlaku di depan mata, tapi tak buat apa2..benarkah wujud rasa “tak nak jaga tepi kain orang”…kalau iya pon, beragak-agak la sikit. Kalau dah sampai nk berbunuh-bunuhan…tak ke gila namanya tu…

Kes 2

Bunuh sana-sini. Rompak, samun…pastu bunuh. Bunuh ahli keluarga pon ade..tak dapat apa yg dihajati, sanggup bunuh keluarga sendiri, kawan atau sesiapa sahaja yg dikenali. Bila syaitan dah menguasai diri, macam-macam benda tak sepatutnya boleh terjadi..Takutnya bila memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku. Kadang2 tak bersalah pon mangsa tu, tapi terkena juga bila si pembunuh lupa diri dah dan tak mampu nak berfikir dgn waras lagi. Yang pastinya, jangan bertindak ikut hati, takut mati nnti,..jgn ikut rasa, takut binasa…ikutlah Islam…insyaAllah..selamat dunia akhirat…

Kes 3

Putus cinta. Balas dendam. Ugut-mengugut. Bila bercinta semuanya rasa indah belaka. Bila disuruh buat itu ini, diikutkan sahaja sampai lupa asal-usul, keluarga dan agama. Sanggup lari walau sang lelaki tak sehebat mana. Sanggup serahkan segalanya sebab terlalu percayakan pasangan, kononnya, dialah teman sehidup semati. Pastu bila dah terkena, bila wujud benih cinta dlm perut, mula la serabut nk pikir gugur la, buang anak sana-sini..Lupa dah pada dosa yg berlipat2 kali ganda jadinya...

Buat video dan ambil gambar dedah sana sini konon2 utk simpanan peribadi, tapi bila dah share dengan pasangan, dah tak kira peribadi dah pon..Bila dah putus cinta, atau ditinggalkan, keseronokan lalu menjadi ugutan dan mimpi ngeri tiap2 malam. Siapakah yg bersalah? Siapa yg perlu dipersalahkan?

Hidup di dunia ni perlu saling ingat-mengingati agar kita tak lupa diri. Bila ditegur atau dinasihati jadikan panduan agar tak sesat di kala sendiri.



 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com