Tuesday, March 2, 2010

Apa kes??


Kes 1

Penderaan kanak-kanak..Berita terkini, kes minggu lepas. Sebelum ni pon, dah byk sgt kes dera kanak-kanak..masalahnya, budak2 tu kecik lagi..macam mana la nk mampu melawan kudrat org dewasa??tak paham dgn manusia yg terlalu ikutkan perasaan. Sampai perasaan belas kasihan dh tak mampu diwujudkan dalam hati mereka. Kes dera yg melibatkan seksual pon dh byk berlaku, budak kecik yg bercakap pon masih pelat, sanggup dirogol dan diliwat oleh manusia yg sebenarnya berhati durjana.

Macam mana pula peranan masyarakat sekeliling??Kejadian berlaku di depan mata, tapi tak buat apa2..benarkah wujud rasa “tak nak jaga tepi kain orang”…kalau iya pon, beragak-agak la sikit. Kalau dah sampai nk berbunuh-bunuhan…tak ke gila namanya tu…

Kes 2

Bunuh sana-sini. Rompak, samun…pastu bunuh. Bunuh ahli keluarga pon ade..tak dapat apa yg dihajati, sanggup bunuh keluarga sendiri, kawan atau sesiapa sahaja yg dikenali. Bila syaitan dah menguasai diri, macam-macam benda tak sepatutnya boleh terjadi..Takutnya bila memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku. Kadang2 tak bersalah pon mangsa tu, tapi terkena juga bila si pembunuh lupa diri dah dan tak mampu nak berfikir dgn waras lagi. Yang pastinya, jangan bertindak ikut hati, takut mati nnti,..jgn ikut rasa, takut binasa…ikutlah Islam…insyaAllah..selamat dunia akhirat…

Kes 3

Putus cinta. Balas dendam. Ugut-mengugut. Bila bercinta semuanya rasa indah belaka. Bila disuruh buat itu ini, diikutkan sahaja sampai lupa asal-usul, keluarga dan agama. Sanggup lari walau sang lelaki tak sehebat mana. Sanggup serahkan segalanya sebab terlalu percayakan pasangan, kononnya, dialah teman sehidup semati. Pastu bila dah terkena, bila wujud benih cinta dlm perut, mula la serabut nk pikir gugur la, buang anak sana-sini..Lupa dah pada dosa yg berlipat2 kali ganda jadinya...

Buat video dan ambil gambar dedah sana sini konon2 utk simpanan peribadi, tapi bila dah share dengan pasangan, dah tak kira peribadi dah pon..Bila dah putus cinta, atau ditinggalkan, keseronokan lalu menjadi ugutan dan mimpi ngeri tiap2 malam. Siapakah yg bersalah? Siapa yg perlu dipersalahkan?

Hidup di dunia ni perlu saling ingat-mengingati agar kita tak lupa diri. Bila ditegur atau dinasihati jadikan panduan agar tak sesat di kala sendiri.



3 Comments:

  1. NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...
    mnusia mnyak ikot kate hati dr akal...n pasl kes dera anak nih..x rase kasihn dn syg ke ble tgok muke ank sndri yg naif tuh...setan sungguh laaa (emo dh aku..)
    ~ Ija ~ said...
    mmg yg suke2 menyakitkan org laen nih otak dah mereng.. setan dah menguasai jiwa..aku lak yg sakit jiwa bace paper ari2.. ade jer kes bunuh, dera, buang baby.. sampai ati betoll
    dee said...
    emo2 sungguh ibu2 ni..hehehehee...

Post a Comment



 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com