Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan..

Sekadar berkongsi...

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda:

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Di dlm bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Hr. Ahmad)

"Apabila masuk bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu langit, ditutup pintu jahanam dan dirantai para syaitan".

"Jika telah datang awal malam bulan Ramadan diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru: Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah! Wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam."


Puasa di bulan Ramadan merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


مَنْ آمَنَا بِاللهِ وَبِرَسُوْلِهِ وَاَقَامَ الصَّلاَةِ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ اَنْ يُدَخِّلَهُ الْجَنَّةَ.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga".

5 Comments:

  1. MiMieku said...
    thanx f d info..really help me a lot..:)
    GEODAIA said...
    nak thank u jugak...heee
    dee said...
    welcome to my page...hahahahaha...
    MiMieku said...
    selamat datang ke kedai sawan warna..anda akan dilayan sebentar lagi..harap bersabar...
    dee said...
    mimie..warna gold ek..hahahahaa

Post a Comment



 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com