Monday, June 29, 2009

Apa yang kita sesalkan, tak akan berubah. Sesalan kita tak akan merubah apa-apa. Tapi, usaha kita boleh merubahnya. Apa yang dah berlaku, biarkanlah berlaku. Apa yang dah berlalu, biarkan berlalu. Fahami ia, fikirkan cara bagaimana kita boleh buat yang terbaik darinya.

Kita tak boleh melawan arus hidup. Kita kena memahami arus hidup kita, kemudian jadikannya sebagai asas pemula untuk kita buat sesuatu dengan cukup baik. Biar kita berjalan seiring arus, mengintai peluang untuk kita muncul berjaya.

Belajar dan terus belajar. Berlatih dan terus berlatih. Kita ada lebih banyak masa untuk membentuk masa depan bahagia dan gembira. Masa lalu sudah tak boleh diubah. Tapi apa yang akan berlaku nanti, boleh diubah sedikit mulai saat ini.

Menyesal satu perbuatan yang merugikan. Menyesal membuat kita mengingat semua kesilapan-kesilapan kita lalu menahan kita dari terus berusaha. Tinggalkan sikap menyesal, tapi jadikan apa yang berlaku sebagai sejarah untuk kita pelajari sesuatu daripadanya.

Hidup kita umpama sebuah kereta, berjalan di jalan raya. Kereta akan tetap bergerak meninggalkan destinasi lepas untuk menuju ke destinasi akan datang, dari destinasi A ke destinasi B. Tangan kita memusing stereng mengendalikan perjalanan kereta, seperti mana kita mengendalikan perjalanan hidup kita.

Menyesal umpama kita berpatah balik menuju ke destinasi lepas yang sudah kita tinggalkan.
Sudah tentu kita tak suka, sesiapapun tak suka sebab membuang masa, membuang tenaga, membuang minyak kereta. Lebih baik jalan terus ke depan. Yang dah tertinggal, biarkan tertinggal dan usah diungkit lagi kerana sudah tertinggal, terlupa, tak terbawa. Terimalah itu sebagai kesilapan kita. Lebih baik lupakan. Meneruskan perjalanan adalah perkara yang lebih penting. Untuk apa menyesal dan apa perlunya menyesal?

Perubahan ke arah yang baik takkan merugikan kita..kadang-kadang suara hati berkata, "aku akan berubah bila sampai masanya.." tapi, andai sampai masanya nanti, mungkin masa untuk kita tinggalkan dunia ini selama-lamanya,.sempatkah lagi untuk kita berubah?? Sempatkah untuk kita memohon keampunan?? Renung-renungkan..




7 Comments:

  1. Zalieda said...
    apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah dan membuatkan kita lebih kuat...walaupun kekadang kita dah penat....tetap ada sinar bahagia untuk hidup kita....Allah itu Maha Adil...Maha Mengetahui atas setiap apa yang terjadi...kita perlu usaha...dan redha atas ketentuanNya...amin....
    dee said...
    aminnn...
    HIDAYAH HALIM said...
    alaaaaa...sedih laaaaaaa...nak nangeh niiiiiiiii....tissue pleaseeeee...
    Zalieda said...
    mimie ada byk tisu tesco...nt kitorg pos kat ko erk...hahahahaha
    HIDAYAH HALIM said...
    tak mo tissue tesco...murah... hahahahah...
    Zalieda said...
    nangis mimi baca statement ko nt.. hahahahaha masuk melodi baru tau...
    dee said...
    ish..ish..ish..kanak2 riang tol la..tisu pon jd isu besar..

Post a Comment



 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com